Berita Faizal

Faizal belum terfikir soal cinta

Monday, October 02, 2006

Oleh: Wahida Asrani
Source: Unknown

Daripada hanya seorang peniaga pasar malam dan kini dalam sekelip mata bergelar artis, ternyata perjalanan hidup yang dilalui oleh Juara AF4 Faizal bagaikan satu mimpi.

Inilah mimpi indah Mohammad Faizal Ramliy atau Faizal yang akhirnya menjadi kenyataan.

Faizal RamlyWalaupun sudah tujuh hari dinobatkan sebagai juara Akademi Fantasia musim keempat, sikap telus dan lurus bendul anak kelahiran Marang, Terengganu ini jelas kelihatan di sepanjang temubual ini apabila dia berulang kali meluahkan rasa terujanya dengan kehidupan barunya sekarang.

"Hampir setiap malam saya akan berfikir semula tentang kehidupan saya yang dulu. Macam-macam kerja saya buat, jadi buruh, lelong barang-barang di pasar malam, semata-mata untuk cari rezeki. Tiba-tiba sekarang hidup saya berubah dengan penganugerahan besar seperti ini. Siapa yang tidak terkejut?," ujar Faizal.

Menurut anak desa berusia 22 tahun ini, satu 'kejutan' dalam hidupnya yang sukar dipercayainya sehingga hari ini ialah kemewahan yang diterima dalam sekelip mata, bermula pada hari pertama dia menjejakkan kaki ke akademi, sehinggalah ke saat-saat dia memenangi program realiti popular itu.

"Dulu, kalau nak rasa duduk dalam air-cond, hanya di dalam kereta saja. Tapi bila masuk akademi, setiap masa duduk dalam air-cond, makan sedap-sedap.

"Memang saya akui, kehidupan saya sekarang lebih mewah berbanding dulu. Tapi, saya selalu berdoa agar segala apa yang saya perolehi ini tidak akan melalaikan diri saya," luah Faizal.

Dengan kemenangan yang dikecapinya Sabtu lepas, Faizal membawa pulang hadiah berjumlah kira-kira RM400,000 termasuk wang tunai RM20,000.

Dia juga menerima sebuah kondominium di A'Famosa, Melaka, kereta Toyota Vios, pakej percutian ke Paris, sistem teater rumah dan pelbagai peralatan elektrik lain.

Namun, semakin hari pemuda yang popular dengan tagline Senyum Sokmo ini mengakui, sudah mula boleh menyesuaikan diri dengan kehidupan sebagai anak seni.

Walaupun agak sedikit tertekan dengan perhatian yang diterimanya, Faizal tetap merasakan itu adalah cabaran yang perlu dihadapinya jika mahu terus kekal di dalam industri ini.

"Saya akan cuba sebaik mungkin. Saya juga sudah bersedia dengan sebarang gosip atau apa saja cabaran di persada ini.

"Cuma, saya berharap apa pun yang bakal berlaku pada diri dan kerjaya saya kelak, tidak akan melibatkan perkara-perkara yang tidak baik," ujar Faizal yang akan mengadakan kenduri di kampungnya di Terengganu pada Hari Raya nanti bagi menghargai sokongan yang dicurahkan daripada keluarga dan penyokong-penyokongnya.

Photobucket - Video and Image Hosting