Berita Faizal

Persiapan Lebaran Faizal AF4

Sunday, October 01, 2006

Source: Unknown

Juara Akademi Fantasia musim ke empat (AF4) Faizal Ramli, lebaran yang bakal disambut kali ini memberi seribu makna. Mana tidaknya, ini tahun pertama dia beraya sebagai artis dan sudah tentu ada perubahan cara sambutannya.

Bak kata Faizal, “Saya agak teruja menyambut lebaran kali ini. Suasananya pasti berbeza. Jika sebelum ini saya beraya dengan sanak-saudara, jiran-jiran dan sahabat handai, kali ini dengan peminat pula. Ini sudah tentu memberi saya pengalaman baru melayan tetamuLebaran yang kebanyakannya tidak saya kenali. Harap-harap, masa saya di kampung lebih panjang” begitu antara kata Faizal apabila ditanya mengenai perasaannya menyambut 1 Syawal yang bakal menjelma tidak lama lagi.

Bercakap mengenai sambutan Aidilfitri, rasanya tidak lengkap jika tidak bertanyakan Faizal mengenai persiapannya. Pasti banyak perbezaan terutama persiapan untuk diri, keluarga dan tetamu. Apa pula menu kegemaran Faizal di hari raya? Jom kita tengok!


Bajet Hari Raya:

1. Diri: Kurang daripada RM1,000. Kebanyakan baju Melayu saya ada yang ditaja.

2. Keluarga: Tengok keadaan. Mungkin RM1,000. Ayah tak suka saya membazir. Apa pun, pakaian untuk emak dan ayah serta dua adik saya mesti dibeli.

3. Rumah: Untuk persiapan rumah rasanya tidak banyak sebab emak saya memang pandai menjahit langsir. Perabot yang adapun masih baru dan boleh dipakai. Rasanya ala kadar sahaja.

4. Tetamu: Saya bercadang sediakan menu popular negeri Terengganu, nasi dagang.

5. Bajet: Entahlah. Tengok keadaan.

Photobucket - Video and Image Hosting