Berita Faizal

Zon Musik HIP: Album Review

Thursday, November 09, 2006

Oleh: Zul Husni Abdul Hamid
Source: 9 November 2006 Berita Harian

ALBUM: Best Of Faizal - Senyum Sokmo
ARTIS: Faizal
GENRE: Variasi

RAMAI tertanya bila agaknya juara Akademi Fantasia (AF) musim keempat ini bakal melahirkan album penuhnya sendiri. Jika ditanya sekali pun, jawapan yang diterima masih dalam proses pengumpulan material. Hanya masa akan menentukan perjalanan seni anak muda kelahiran Marang, Terengganu ini.

Mungkin auranya tidak sehebat juara AF3, Mawi tetapi harus diakui Faizal meniti kejayaan atas sokongan peminat yang menobatkannya mengatasi 11 rakan lain. Sepanjang musim AF4, bakat penyanyi muda ini diuji dengan baik.

Kelebihan Faizal ialah dia mempunyai kekuatan sebagai penyanyi yang versatile. Baik pop, rock mahupun sentuhan tradisional, Faizal berupaya menghayati amanah yang diberikan kepadanya dengan berkesan.

Bakat besar Faizal mula menyerlah seawal minggu pertama dengan lagu sentuhan Alalhyarham Tan Sri P Ramlee, Ingin Tahu. Gaya selambanya ketika membuat persembahan cukup untuk menjerat hati penonton supaya terus melihat bakatnya.

Mahu lagu rock, anda dapat melihat Faizal menerusi lagu Semalam Yang Hangat dan Smells Like Teen Spirit. Mungkin kemampuannya membawakan lagu Inggeris tidak sebaik mana, namun usaha gigihnya itu wajar dipuji.

Beralih kepada sentuhan tradisional kontemporari, anda akan terbuai dengan kelunakan vokalnya lewat lagu Blues Terengganu Kita, Senandung Anak Laut dan Terharu.

Lagu lain yang bakal mengusik hati adalah Hujan, Dealova dan lagu baru ciptaan M Nasir, Lihatlah yang menguji keupayaan sebenar Faizal selepas menamatkan pengajian di AF4.

KATA HIP:
MUNGKIN dari segi keupayaan, sukar untuk menilai kemampuan sebenar Faizal kerana album ini memuatkan hampir keseluruhan lagu nyanyian semula. Mungkin bakat besarnya hanya akan terserlah apabila dia keluar dengan album penuhnya nanti.

Photobucket - Video and Image Hosting