Berita Faizal

Lambaian Desa

Monday, October 23, 2006

Oleh Farihad Shalla Mahmud
Source: Berita Harian, 23 October 2006

Syahdu Syawal mula menggamit anak rantau di kota termasuk tiga jejaka bujang Akademi Fantasia untuk pulang berhari raya di kampung

"WAHAI perantau-perantau di kota
Pulanglah ke desa berhari raya
Ayah serta bonda amat mengharapkan
Kepulanganmu di hari bahagia"

BAIT lirik nyanyian penyanyi bersuara lunak Azlina Aziz seakan memanggil anak muda yang berada di perantauan supaya kembali ke desa meraikan Aidilfitri. Bagi ibu bapa yang berada di kampung, inilah masanya untuk bertemu anak mereka yang jauh di mata semata-mata untuk mencari rezeki.

Balik KampungDan alangkah bahagianya mereka apabila melihat anak kesayangan yang dirindui berada di sisi mereka selepas berbulan-bulan dan ada kala bertahun tidak bertemu.

Barangkali itulah juga perasaan yang dialami keluarga bekas juara Akademi Fantasia untuk tiga musim iaitu Zahid, Mawi dan Faizal yang begitu merindui kepulangan anak mereka yang tercinta untuk bersama menyambut ketibaan 1 Syawal.

Walau sesibuk manapun, cuti yang diberikan pihak pengurusan mereka Maestro Talent & Management (Maestro) akan digunakan sepenuhnya oleh tiga artis popular ini untuk meraikan hari yang mulia bagi seluruh umat Islam itu.

Perasaan rindu Zahid terhadap keluarganya yang kini menetap di Teluk Intan, Perak bakal terubat apabila dia akan pulang ke kampung sehari sebelum hari raya.

“Memang teruja hendak balik kampung. Sebelum ini keluarga Zahid menetap di sini dan baru saja dalam tahun ini mereka berpindah ke kampung. Jadi perasaan hendak sambut raya tu lain sikit,” cerita Zahid yang hanya akan berada di kampungnya selama tiga atau empat hari saja.

Begitu juga dengan artis paling popular masa kini, Asmawi Ani atau Mawi. Baginya, sehebat manapun kehidupan di kota, ia tidak akan sama dengan suasana di kampung terutama apabila menjelangnya 1 Syawal.

“Sekarang ni semangat tengah berkobar-kobar hendak sambut raya. Paling best bila malamBalik Kampung raya, pasang pelita, masak ketupat. Seronok sangat,” ujar Mawi yang sememangnya mempunyai jadual yang ketat.

Bagi juara Akademi Fantasia musim keempat, Faizal, saat hendak pulang ke kampung itulah yang memang ditunggu-tunggunya. Biarpun tidak dapat bercuti lama kerana ada persembahan yang perlu dijayakan, Faizal tetap seronok untuk menyambutnya.

“Persiapan semuanya beres. Kalau ada peminat yang sudi hendak datang tu silakan,” ujar Faizal yang turut menyediakan duit raya untuk peminat cilik.

Mengenai budaya pulang ke kampung setiap kali menjelangnya hari raya, anak muda yang berasal dari Marang Terengganu ini berkata budaya itu harus dikekalkan sampai bila kerana apalah ertinya Aidilfitri tanpa keluarga di sisi.

FAKTA: Bintang AF4 sambut raya
• Mawi mengambil kesempatan cuti hari raya ini untuk membawa keluarganya bercuti dalam negeri kerana sudah lama dia tidak berkumpul bersama mereka. Bagaimanapun dia merahsiakan destinasi percutiannya itu.
• Kerana kesuntukan waktu, Zahid tidak sempat membeli ole-ole buat keluarganya di kampung. Sebaliknya penyanyi ini hanya memberi duit dan menyerahkan segala persiapan kepada ibunya.
• Faizal hanya akan berada di kampungnya di Marang, Terengganu untuk hari raya pertama saja kerana pada hari raya kedua dia sudah ada persembahan di Perlis.
• Pernah suatu ketika iaitu di sekitar tahun 1996, Zahid terpaksa beraya di hospital kerana demam malaria. Dia juga sedih kerana tidak berpeluang untuk pulang ke kampung waktu itu.

LOKASI: Perkhidmatan KTM Komuter, Stesen Sentral Kuala Lumpur (Terima Kasih Puan Shahriza Embi dan En Ali Hanafiah Bujal, KTM

Photobucket - Video and Image Hosting