Berita Faizal

Kolaborasi Faizal, Farhan mampukah tarik ramai penonton?

Friday, October 06, 2006

Oleh: Nor Fadzilah Baharudin
Source: Unknown

MAMPUKAH Faizal dan Farhan meraih penonton pada persembahannya, An Evening With Faizal & Farhan di Dewan Perdana Felda pada 29 November ini?.

Kemampuan juara Akademi Fantasia musim 4 (AF4), Faizal sering dipertikaikan konon auranya tidak mampu menandingi aura juara AF3, Mawi. Kredibiliti Faizal sering dipersoalkan.

Terbaru Faizal bakal mengadakan persembahan makan malam bersama Farhan yang dipanggil An Evening With Faizal & Farhan. Masalahnya mampukah Faizal menarik minat khalayak untuk menyaksikan persembahan makan malamnya itu yang akan diadakan pada 29 November depan?

Persembahan di Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur, pukul 8 malam itu dianjurkan oleh Felda D’Saji dan Mufira Entertainment (M) Sdn. Bhd. Faizal dan Farhan dipilih sebagai artis pembukaan persembahan bagi program yang dijangka akan diadakan setiap bulan.

Persembahan tersebut merupakan kolaborasi pertama Faizal dan Farhan. Ia juga merupakan persembahan terbesar yang diadakan mereka berdua semenjak keluar dari akademi.

"Saya tahu ramai yang membanding-bandingkan saya dengan Mawi. Tapi masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri. Walau orang kata aura saya tidak sekuat Mawi, tapi saya yakin peminat saya dan Farhan akan datang memberi sokongan,” kata Faizal.

Faizal dan FarhanPendapatnya turut disokong oleh Farhan. Kata Farhan, “Setiap orang mempunyai aura masing-masing. Sejak AF1 hingga AF4, pelajar-pelajarnya mempunyai keistimewaan tersendiri. Jadi mampu atau tidak, kami menarik minat orang ramai untuk datang melihat persembahan kami, tak mampu saya menjawabnya buat masa ini. Tapi saya yakin peminat kami akan datang memberikan sokongan.”

Sebanyak 100 meja diperuntukan pada malam tersebut. Bagaimanapun tiga meja telah ditempah oleh kelab peminat Faizal dan Farhan.

“Kami akan mengadakan kejutan yang tak pernah kami lakukan. Tunggu saja dan saya akan pastikan semua yang hadir dapat yang terbaik daripada kami,” kata pemuda yang berasal dari Marang, Terengganu ini.

“Insya-Allah kami akan berduet tiga lagu. Mungkin sebuah lagu Inggeris akan kami nyanyikan,” kata Farhan.

Khalayak yang hadir akan turut dihiburkan dengan pertunjukan fesyen dari butik-butik sekitar Kuala Lumpur.

Bagi yang berminat untuk menyaksikan persembahan tersebut, sila hubungi 03-26988302, 03-4022 6500 atau 03-21617006. Harga meja VIP ialah RM1,200 manakala meja Emas RM1,000/ RM100 seorang.

Photobucket - Video and Image Hosting