Berita Faizal

Faizal bijak tutup kekurangan diri

Friday, December 15, 2006

Source: Bintang Popular, Date: unknown

ARTIS: Faizal AF4
JUDUL: Best of Faizal (Koleksi Lagu-Lagu Terbaik Konsert AF4)
GENRE: Pop

SELEPAS namanya diangkat pengundi SMS sebagai juara Akademi Fantasia 4 (AF4), nampaknya hanya koleksi lagu terbaik konsert nyanyian Faizal menjadi tanda mata untuk peminat. Harap-harap keadaan itu tidak kekal sementara menanti penghasilan album penuh.

Kalau hendak dibandingkan saya lebih tertarik untuk ulang mendengar koleksi ini. Faizal boleh saya katakan bertuah kerana seleksi lagu yang dipilih untuknya setiap kali konsert berlangsung, majoritinya bersesuaian dengan vokal serak dan lantang.

Tonasi suaranya yang besar juga memudahkan Faizal mesra dengan pelbagai genre muzik berbeza yang diberikan kepadanya. Tidak keterlaluan jika saya katakan yang saya enjoy dengan persembahan vokal tidak lupa aksinya yang memang ‘gagal’ bab menari di pentas.

Tidak juga keterlaluan jika saya katakan bahawa saya suka persembahan vokal Faizal membawakan satu-satunya lagu Inggeris sepanjang konsert berlangsung, Smell Like Teen Spirit nyanyian asal Kirk Cobain. Tidak perlulah dipersoalkan cara sebutan bahasa Inggerisnya. Cukup jika saya katakan, dia bijak ‘menutup’ kekurangan itu. Cuma cara dia menangani lagu Dealova buat saya kecewa. Mana tidaknya, saya minat betul lagu nyanyian Once itu.

Paling terkini, juga sering kita dengar di corong radio Lihatlah nukilan M Nasir manakala lirik pula karya Loloq. Lagu ini kalau hendak dibandingkan lagu nyanyian Lotter Yang Berlalu Tak Berulang memang jelas beza impaknya. Lihatlah ternyata kurang sedikit sambutannya berbanding Yang Berlalu Tak Berulang.

Apapun, paling senang didengar ialah Hujan yang pernah dipopularkan Sudirman Haji Arshad. Turut dimuatkan, Ingin Tahu, Semalam Yang Hangat, Blues Terengganu Kita, Wo!, Terharu dan Senandung Anak Laut.

Photobucket - Video and Image Hosting