Berita Faizal

Faizal ada bakat bermain futsal

Thursday, December 21, 2006

Oleh: Unknown
Source: emedia

Berpeluh selepas hanya setengah jam menendang bola di dalam gelanggang Extreme Park



SEJAK bergelar artis, jarang benar juara Akademi Fantasia Empat (AF4), Mohd Faizal Ramly berpeluang melakukan aktiviti yang dapat mengeluarkan peluh.

Sesekali diberi peluang turun ke gelanggang, Faizal memanfaatkannya sepuas hati dan tergambar keseronokan apabila dapat bermain futsal.

“Lama betul saya tak bersukan, tengok ni bila dapat peluang saya main sepuas-puasnya sekalipun dalam masa hanya sejam setengah saja.

“Tengoklah berpeluh sampai ke kepala. Sebenarnya inilah kali pertama saya bermain futsal dan sebelum ini saya suka bermain bola sepak,” katanya meluahkan rasa keseronokan apabila diberi peluang bermain futsal di gelanggang Extreme Park yang terletak di Bandar Sunway.

Menurut Faizal, dia tidak berpeluang bermain futsal berikutan gelanggang permainan itu terletak agak jauh dengan rumahnya di Terengganu dan keadaan bertambah sukar selepas bergelar artis kerana komitmen yang perlu diberikan kepada persembahan hingga membataskan peluang bersenam.

Berbeza dengan futsal yang memerlukan gelanggang, Faizal berkata, bermain bola sepak lebih mudah kerana ia boleh dimainkan di mana-mana kawasan lapang.

Sekali pun tidak pernah menyertai kejohanan besar, Faizal bermain bola sepak kerana dia suka bersukan di samping mendapatkan tubuh yang sihat. Pemuda berusia 22 tahun itu bermain untuk pasukan belia di kampungnya.

Saya sukan main bola sepak sejak kecil lagi dan ketika zaman persekolahan dulu boleh dikatakan tiap-tiap petang saya turun ke padang tetapi selepas itu, saya bermain pada hujung minggu saja dan kebiasaannya pada petang Jumaat.


““Pertandingan pula saya sekadar menyertai perlawanan peringkat kampung dan diadakan membabitkan golongan belia,” katanya yang gemarkan lagu-lagu rakyat itu.

Mengakui dirinya seorang yang aktif bersukan, Faizal juga gemar melakukan aktiviti sukan lain seperti badminton, ping pong dan sepak takraw.

DATA
NAMA:
Mohd Faizal Ramly
TARIKH LAHIR: 17 Ogos 1984
ASAL:
Marang, Terengganu
ADIK BERADIK: Pertama daripada tiga adik beradik
PENDIDIKAN: SPM
KERJAYA: Penyanyi
ALBUM: Kompilasi The Best Of Faizal

ATLIT IDOLA
Tempatan
Rashid Sidek (badminton)
Luar Negara
David Beckham (bola sepak)

Photobucket - Video and Image Hosting